Sunday, August 14, 2016

WATIKAH PERLANTIKAN DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN


       Pada tarikh 2 ogos 2016 dimana ia merupakan hari yang amat bermakna dan paling mendebar untuk kami dimana kami secara rasmi dilantik sebagai Jawatan Perwakilan Pelajar serta kami sendiri yang perlu merancang majlis tersebut. Pada Majlis Watikah tersebut kami juga perlu merancang untuk melaksanakan pelancaran Bulan Kemerdekaan.

   
        Majlis tersebut dirasmikan dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah Kita Iaitu, Encik Azman bin Mokhtar.Begitu sedih sekali apabila Pengarah kita iaitu, Datin Roslina binti Abdul Rashid tidak dapat hadir kerana perlu menguruskan urusan luar.



        YDP memberi Ucapan setelah pemberian sijil kepada ahli-ahli JPP telah selesai.

antara gambar yang ditangkap ketika sesi Majlis Watikah dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan:
































PENGENALAN SEWAKTU DIPILIH SEBAGAI JPP 16/17


            
               Pada tarikh 16 Julai 2016 dimana kami dipilih diantara lebih kurang 2000 pelajar  Kolej Matrikulasi Perak, untuk memegang jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Kami agak terharu kerana,pelajar-pelajar KMPK telah meletakkan seluruh kepercayaan mereka kepada kita untuk memimpin mereka.

              Segala patah perkataan yang telah kami keluarkan sewaktu sesi berpidato kami, akan kami cuba tunaikan.Kami akan cuba untuk memastikan bahawa Nama Kolej Matrikulasi Perak tidak akan dimalukan namun akan lebih dikenali di khalayak ramai.